November 22, 2015

Simon telefon pintar pertama

Sekarang rata-rata manusia mempunyai telefon pintar, tidak kiralah mahal ataupun murah...dari china ke..ciplak daripada mana2 produk ke..tapi yang pasti ada telefon pintar, lebih canggih kita panggil android..

So,

Apa boleh buat, zaman berlalu begitu cepat sering dengan perkembangan teknologi..ada lagi ke yang pakai telefon nokia yang besar gedabak, yang dulu-dulu...diorang kata boleh buat baling anjing...tak de kot, sebab mudahkan, telefon pintar yang serba canggih ini...

En keladi update blog pun hampir 100% guna telefon pintar @ android..

Jadi ??

Persoalan nyer, korang tau ke apakah telefon pintar yang pertama...upss maaf jenama telefon pintar tersebut??

Maaf yer, maklumat ambil daripada harian metro..terima kasih daun keladi harian metro...ko tetap no 1 di hatiku

Simon telefon pintar pertama

Telefon pintar adalah teknologi yang mampu mengubah kehidupan seharian kita. Simon adalah yang pertama dan mula di jual di Amerika pada tahun 1994.


Difahamkan, telefon pintar pertama simon mula dijual di Amerika Syarikat pada 16 ogos 1994. Bilangannya terhad iaitu 15, 000 unit, namun ia begitu popular dalam kalangan ahli perniagaan.

Kecanggihan telefon itu dilihat melalui fungsinya yang digunakan untuk menghantar e-mail dan perkhidmatan mesej ringkas selain berfungsi sepenuhnya sebagai telefon. Ia juga mempunyai buku alamat, kalendar, kalkulator, faksimili, mel, nota, pad lakaran, jam dan kelendar beserta skrin LCD hijau. Bagaimanapun, baterinya hanya bertahan selama satu jam saja.

En keladi copy bulat-bulat daripada harian metro...dah kata harian metro tetap no 1.....apa tagline dia??'''padat memang padat...

Tengah cuba...HM mobile...katanya ada banyak kelebihan..

Nanti en keladi boleh copy paste maklumat...jangan marah...tau..

Gua masih waras lagi..


Encik keladi..

Tiada ulasan: